11 Mei 2009

Panas, Panas!!



Sememangnya sekarang ini memang panas. Panas yang membahang. Kalau waktu siang, masih belum panas tetapi menjelang malam, kepanasan mula terasa.

Di rumah di Puchong ini, keadaan sedikit ekstrim. Menurut seorang rakan, bekas lombong sememangnya panas. Sungguhpun rumah ini dibina di atas bekas ladang kelapa sawit, namun persekitaran yang banyak lombong sedikit sebanyak mempengaruhi cuaca di sini.

Pada siang hari, pasir yang menjadi struktur tanah sekitar bekas lombong menyerap haba. Pada waktu malam, ia akan membebaskan haba kembali. Jadi suhu di waktu malam masih panas dan sebenarnya lebih panas kalau berada di dalam rumah yang berdindingkan konkrit. Kalau rumah papan, keadaan tidaklah terlalu teruk kerana rumah papan tidak menebat haba.

Menurut ramalan kaji cuaca, keadaan ini bakal berterusan sehingga September. Nampaknya lama lagi keadaan ini berterusan. Rumput-rumput di depan rumah pun sudah bertukar dari hijau ke coklat. Pokok-pokok bunga pula tidak boleh terlupa untuk disiram. Kalau terlupa, akan layulah semuanya.

Bil elektrik yang sampai hari ini pun sudah mencatat rekod baru tertinggi. Terlalu banyak tenaga digunakan. Walaupun penghawa dingin dipasang, masih belum terasa sejuk. Terpaksa pula menambah memasang kipas. Beberapa langkah diambil untuk mengurangkan penggunaan elektrik termasuk menggunakan cerek air biasa dan membeli alat penjimat elektrik. Namun bil masih melambung.

Pekerja TNB pula datang dengan frekuensi yang tidak tetap. Bil susah untuk dikira dan dibandingkan. Asyik bergaduh saja dengan khidmat pelanggan TNB. Tidak datang dikatakan pintu pagar berkunci, datang dua bulan sekali selepas itu terlalu banyak anggaran dan pelarasan dibuat.

Bermacam cara dibuat untuk mengurangkan kepanasan. Salah satu cara ialah dengan minum air kelapa muda. Akhir-akhir ini, banyak pula gerai menjual air kelapa dibuka di sekitar kawasan ini. Satu strategi pemasaran yang bijak memandangkan ramai yang kehausan dek kepanasan.

10 ulasan:

  1. tu lah... ada jugak dgr kawan2 kat msia kata panas sgt kat KL la ni, hrp2 jgn lah berpanjangan sgt.. ramai budak x sihat dok teguk air batu jadi batuk2 kesian pulak....

    ps:
    thanks for the info about the footballer tu... saya dah search so dah dpt jawapan, Alhamdulillah bertambah lagi umat Islam di dunia :)

    BalasPadam
  2. Bestnya time panas2 minum air kelapa ni.... hilang dahaga.....
    tp tu la skang ni memang musim panas....

    BalasPadam
  3. Sabar lah strozze... sume tu..cobaannnn... :)

    Air kelapa tu memang best le di saat2 kepanasan yang kritikal ni... strozze banyak kan minum air barli sama...InsyaAllah boleh legakan panas badan. Akak duk promote kat sume kawan2 suh buat air barli... hehe

    BalasPadam
  4. Kat area nilai ni pun panas giler... panas terlampau.
    Nampaknya kena cari air nyuk juga lah pelas ni..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. betul! sekarang ni memang panas yang amat..
    kat sini yus lebih suka minum air kelapa bakar, selain sejukkan badan boleh buat ubat jugak..

    BalasPadam
  7. tu baru panas dunia, blum lagi panas akhirat...ala ala ustaz lak pulak huhu

    BalasPadam
  8. >> banyak khasiat air kelapa ni...
    >> orang kata penawar kepada mcm mcm penyakit...

    BalasPadam
  9. Air kelapa...

    waa... ni la air febret ms peknen hr tu.. uhuhu... beli yg dlm buah dia kalo g tesco/care4
    sedap giler..

    kalo g kedai.. pekena gelas besor..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...