27 Mac 2009

Tuntutan Sultan Sulu ke Atas Sabah

Sedang kumencari info berkenaan Filipina di Wikipedia, kutemui satu pautan laman web Kesultanan Sulu dan Borneo Utara/Sabah. Semasa Malaysia dibentuk, yang mana Sabah merupakan salah satu anggota Malaysia, Filipina telah membantah dan memboikot Malaysia kerana mendakwa Sabah adalah salah satu wilayah mereka.

Sabah dikatakan dikurniakan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu kerana berjaya mengekang perang saudara. Sultan Sulu kemudian memajak Sabah kepada Syarikat Inggeris. Walau bagaimanapun, apabila Sabah mendapat kemerdekaan daripada Inggeris dan menyertai Malaysia, tindakan ini dianggap tidak mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

Kes Sabah sebenarnya sama dengan Singapura kerana Inggeris memajak kawasan daripada Sultan yang memerintah. Pemerintah Singapura hari ini masih lagi membayar wang pajakan kepada waris Tengku Hussein manakala kerajaan Malaysia membayar $1500 setahun kepada waris Sultan Sulu.

Perjanjian Inggeris dengan Sultan Johor (sultan boneka sebenarnya) menyebut selagi ada bulan dan bintang iaitu selama-lamanya manakala perjanjian Inggeris dengan Sultan Sulu pula tidak diketahui tempohnya. Maka, kalau begitu hujahnya, Singapura walhal masih lagi milik Sultan Johor. Namun tidak.. Jadi kes sama juga berlaku kepada Sabah.

Aku adalah warga Malaysia dan aku mungkin menyebelahi negaraku, namun adakah rakyat Sabah sanggup bertukar kewarganegaraan? Dulu hasil tinjauan Suruhanjaya Cobbold yang mengatakan rakyat Sabah ingin menjadi sebahagian daripada Malaysia dipertikaikan. Adakah hari ini jika diadakan tinjauan lagi, adakah rakyat Sabah mahu menjadi warga Filipina?

Antara cadangan pihak Kesultanan Sulu jika mahu Sabah terus di dalam Malaysia adalah dengan menaikkan wang pajakan daripada $1500 kepada $3-3.6 billion setahun! Hmm.. duit pulak jadi hal.. Hasil daripada kenaikan nilai pajakan terus akan digunakan untuk pembangunan dan infrastruktur rakyat Sulu.

Kenapa pula Sabah yang mahu membiayai mereka? Adakah mereka tidak punya sumber asli untuk menjana ekonomi? Isu sekarang ialah Kesultanan Sulu sendiri bukanlah satu negara yang merdeka. Mereka berada di bawah pemerintahan Manila. Kelemahan dan deskriminasi Manila tidak sepatutnya dihukum kepada rakyat Sabah.

Rakyat Sabah pastinya tidak mahu mendapat gaji di dalam matawang yang lebih rendah, berada di bawah kekuasaan Manila dan seterusnya bakal menerima nasib seperti Sulu dan sudah tentunya tidak dapat lagi masuk Akademi Fantasia.. :)

26 Mac 2009

Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. IV

Entri kali ini adalah sambungan daripada entri yang lepas, iaitu berkenaan Movernpick Resort. Tidak banyak yang hendak diperkatakan kecuali gambar-gambar di bawah yang diambil dari bilik resort.

Yang paling kusuka ialah, sudah tentu, tempat bersiram yang terletak di luar, macam zaman-zaman mandi telaga di kampung dulu yang berkonsepkan tiada bumbung. Di tepi bath tub pula diletakkan sebuah tingkap namun bilik air tidak kelihatan dari luar kerana dibina tembok yang tidak jauh dari tingkap. Namun, cahaya tetap masuk dari atas dan di celah-celah ruang antara tingkap dan tembok ditanam pokok-pokok puding.

..bersambung..

Entri-entri terdahulu:
Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. I
Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. II
Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. III

From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort


From Phuket Trip - Movernpick Resort

22 Mac 2009

Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. III

Kali ini, ingin kubercerita tentang Movernpick Resort yang kami inap. Resort ini agak luas. Di bangunan lobi, terletak ball room yang kami gunakan untuk mesyuarat, ruang pejabat dan dewan makan. Di atas, ada bilik-bilik hotel biasa yang bertingkat-tingkat.

Berjalan terus melewati lobi, sambil menuruni tangga terletak sebuah kafe. Tempat duduknya unik kerana berada di dalam sangkar burung yang besar. Di bawah setelah menuruni tangga pula terletak kolam renang utama. Pemandangan bagaimanapun tidaklah enak kerana banyak Mat-Mat Salleh tua bersidai.. :)

Berjalan terus boleh nampak taman-taman yang di dalamnya terletak rumah-rumah resort. Lanskap di sini sangat cantik. Banyak pokok-pokok tropika ditanam sehingga laluan-laluan ke bilik redup walaupun tidak beratap.

Di tengah-tengah taman terletak sebuah kolam. Terdapat air pancut di situ. Setelah berjalan melewati beberapa rumah resort, terdapat juga sebuah kolam renang lain yang lebih kecil saiznya di depan sebuah bangunan yang menempatkan gimnasium.

Rumah-rumah resort ini pula luas ruang di dalamnya. Bilik airnya juga luas. Yang paling menarik ialah ada juga bilik air di luar yang tidak beratap namun terhadang oleh tembok batu agak tidak kelihatan dari luar. Sesiapa yang berasa seksi, bolehlah mandi di sini..

Apa yang kusuka tentang resort ini ialah tingkap-tingkapnya tidaklah perlu ditutup rapat untuk privasi kerana di sekeliling rumah resort ditanam pokok-pokok renek. Seolah-olah pokok itu pula yang menjadi penghadang. Kalau lihat ke luar nampak pemandangan di celah-celah pokok.

Di depan rumah resort pula ada meja, kerusi dan sofa untuk berehat. Atapnya pula ialah pohon menjalar yang tumbuh naik melalui tiang-tiang. Akar-akarnya berjuntaian ke bawah.

Kalau berjalan terus melalui laluan di kawasan rumah-rumah resort itu, kita boleh tembus ke pantai. Sebelum keluar dari kawasan resort, terletak sebuah spa, kafe internet dan bar. Di depan kafe internet tersebut ada sebuah ATM. Tidak perlulah keluar dari kawasan resort untuk mengeluarkan duit.

Keseluruhannya, memang kusuka resort ini. Cuma berhati-hati sedikit kerana banyak nyamuk! Mungkin kerana terlalu banyak pokok di sini. Seorang teman pula disahkan denggi setelah pulang ke tanah air. Tidak tahu pula kalau ianya berasal dari sini. Aku pula sedikit kurang sihat setelah balik.

Enjoy gambar-gambar di bawah (lebih banyak daripada biasa..)!

..bersambung..

Entri terdahulu:
Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. I
Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. II

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Pemandangan di tangga di depan lobi.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Tempat duduk unik di dalam sangkar besar.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Laluan ke rumah-rumah resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Pemandangan lain laluan ke rumah-rumah resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Lanskap yang cantik di Movernpick Resort, Phuket.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Pokok-pokok ditanam tersusun cantik.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Papan tanda di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Lanskap yang menyejukkan mata.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Tuk-tuk juga digunkan sebagai pengangkutan oleh pekerja resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Kayu-kayu hanyut juga dijadikan hiasan di Movernpick Resort, Phuket.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Pokok-pokok renek di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Sebuah persembahan muzik tradisi di sebuah wakaf di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Kolam renang di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Sebuah kolam di tengah-tengah taman.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Lampu unik di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Laluan ke rumah resortku.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Sejenis buah di depan rumah resortku. Buahnya bergetah. Menurut rancangan Man vs. Wild , kalau hendak mengetahui sesuatu jenis buah boleh dimakan atau tidak, hendaklah dicuba dengan lidah dulu. Kucuba namun lidah terasa gatal. Nasib baik belum telan lagi.. :)

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Tembok bilik air di luar.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Kawasan rehat beratapkan pohon menjalar di depan rumah resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Kafe internet di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Di dalam spa di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Laluan masuk ke spa.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Laluan ke pantai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...