28 Mac 2015

TAWAS


Dua minggu lepas, saya pergi ke Dewan Orang Ramai Sungai Pelek untuk mengambil sijil TAWAS untuk anak saya yang kedua. Kami tinggal di Puchong dan sudah tentu pelik kerana kami sampai ke Sungai Pelek yang agak jauh dari Puchong untuk mengambil sijil TAWAS tersebut. Sebelum saya kisahkan mengenai Sungai Pelek, saya ceritakan dulu berkenaan TAWAS ini.

TAWAS merupakan kependekan untuk Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan untuk setiap anak Selangor tanpa mengira latar belakang, bangsa dan keturunan. Apabila anak berusia 18 tahun, RM1,500 akan diberikan. Manfaat lain termasuk khairat kematian, diskaun menginap di Hotel De Palma dan juga diskaun keahlian AAM.

Setiap anak yang dilahirkan di Selangor hendaklah mendaftar sebelum anak berusia tiga tahun. Kegagalan mendaftar sebelum tiga tahun mengakibatkan anak tidak mendapat manfaat-manfaat TAWAS. Ini terjadi kepada anak saya yang pertama apabila kami tidak mendaftar awal. Ibu bapa pula hendaklah menunjukkan bukti mereka bermastautin di Selangor seperti kad pengenalan beralamat di Selangor ataupun bukti tinggal di Selangor seperti pemilikan hartanah di Selangor.

Bagi yang berada, RM1,500 mungkin tidak banyak tetapi bagi yang kurang berada, sudah tentulah ini satu bantuan berharga buat mereka. Pun begitu, bagi yang kaya, apa salahnya mengambil kerana sudah hak buat semua orang.

Maklumat lanjut berkenaan TAWAS bolehlah dirujuk di laman TAWAS sendiri.

Nanti saya ceritakan kenapa kami perlu pergi ke Sungai Pelek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...